reallifegoesthis
reallifegoeslikethis
Melihat Seadanya
Saya tidak suka melihat orang susah. Tidak kiralah kesusahan itu datang daripada sakit hati, atau marah, atau dendam ataupun sakit akibat penyakit. Kerap juga saya merendahkan diri dan berdiam walaupun sebenarnya yang salah itu orang lain.
Saya cuma jadi 'sakit' melihat orang susah.
Bukan sebab 'baik sangat' atau 'mulia benar'. Ia cuma naluri yang terbentuk daripada pengalaman sendiri. Pengalaman yang kerap kali kabur dan 'luarbiasa' pada mata orang. Pengalaman yang saya simpan kemas-kemas dalam kepala. Kerana mendengarnya sudah cukup menyakitkan. Apalagi merasai.
Kata Puan Ainon pada saya:
"Orang sakit cuma berkawan dengan orang sakit,ya?"
Saya diam. Sejujurnya tidak. Ramai daripada sahabat-sahabat saya 'orang sihat'. Ramai daripada yang saya sayang dan kasih adalah mereka yang 'segar-bugar'. Cuma kebetulan ada seorang dua yang 'kurang sihat', jadi yang 'kurang sihat' inilah yang menonjol.
Manusia suka cari yang menonjol dan tampak lain. Itu saja.
Dan saya sebenarnya lebih suka berkawan dengan orang sihat. Maksud saya, alangkah baiknya kalau semua sihat-sihat saja. Alangkah bagusnya kalau hidup tidak tersekat kerana masalah kesihatan.
Saya doakan semuanya sihat-sihat dan baik-baik saja. Mental dan fizikal. Usahlah jadi pelik-pelik dan bukan-bukan seperti saya ini. Usahlah menyusahkan dan menyakitkan orang lain.
..................
Kalau tak kerana saya ke hospital, sampai mati pun mungkin saya tak tahu nama Kemang sebenarnya Mohd Hairi. Mohd Hairi bin Mohd Yusuf. Kalau saya ke sana seorang diri pun, rasanya saya masih lupa bahawa yang perlu dicari di board adalah Hairi, bukan Kemang.
Saya tak suka melawat ke hospital. Sama bencinya saya pada orang melawat saya di sana. Saya rasa lemah dan tak berupaya. Saya rasa terasing dan serba tak tahu. Rasa bodoh dan tak tahu apa-apa.
Pun begitu, saya tetap ke hospital. Biasanya saya yang akan menemani kawan-kawan yang masuk, tak kiralah serapat mana dia dengan saya. Saya ada hubungan kasih-benci dengan hospital.
Kemang nampak pucat. Tapi dia masih tersenyum. Ada satu legenda tentang orang sakit; orang sakit sangatlah sabar.
Tak tahulah setakat mana benarnya. Cuma yang pasti, alah bisa, tegal biasa.
Mana-mana bahagian di hospital sebenarnya ICU. I See You. Kita cuma boleh melihat dan berdoa. Tiada apa-apa boleh kita lakukan.
Doa saya, tuhan akan memberikan yang terbaik untuk sahabat saya. Doa saya mata kami umpama Midas Touch. Mata kami melihat dan memberikan 'emas' kepada sahabat kami.
Doa saya, senyuman itu tidak akan ditarik walau apa pun keadaannya. Itu saja.
1 Comments:
Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. jeff king retired bodybuilding Patient accounting software rausch strippoker Chart currency exchange online trading newsletter Mainboard cpu combo crestor statin drugs acura integra used rear bumper Mortgages life assurance uk
Post a Comment
<< Home